Kelayakan Memohon Biasiswa Yayasan Sabah - Para pemohon mestilah memenuhi kelayakan yang dinyatakan seperti di bawah:
1. Had Umur
1.1 Bagi Kursus (A)1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
1.2 Bagi Kursus (A)2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun
2. Kelulusan Akademik
2.1 Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
2.2 Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
2.3 Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00
2.4 Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.50
2.5 Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda.
2.6 Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya
CGPA 3.5 di peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi.
No comments:
Post a Comment