Kaedah Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah - Kepada anda yang memenuhi syarat dan kelayakan. Anda boleh melakukan permohonan yang dibuat melalui On-line dengan melayari pautan laman web: www.biasiswa.sabah.gov.my mulai tarikh tawaran dibuka.
Setiap pemohon mestilah menpunyai E-Mail peribadi masing-masing.
Bagi Daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan:-
Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod dan Pitas.
Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.
Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:-
Bahagian Biasiswa dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tingkat 3, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat, Likas
Beg Berkunci No. 2076
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
PERHATIAN:
Bagi kelulusan Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan menggemaskini semula permohonan apabila peperiksaan semester terakhir di perolehi atau mengemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
No comments:
Post a Comment